Destinasi Percutian Anda Sekeluarga
Nikmati percutian yang santai dan damai bersama keluarga tercinta dekat dengan alam semulajadi!
- Penginapan Selesa
Penginapan chalet yang luas dan selesa sesuai untuk keluarga besar mahupun keluarga kecil, mampu memuatkan sehingga 13 buah keluarga pada satu-satu masa.
- Asrama/ Dormitory Pelajar
Penginapan asrama/ dormitory besar dan kecil sesuai untuk penempatan peserta program sehingga 64 orang pada satu-satu masa.
- Fasiliti Dewan Program
Pelbagai fasiliti sesuai untuk program jabatan, sekolah dan family day seperti Dewan Utama (aircond), Dewan Terbuka (Badminton Court), Dewan Makan, Surau, BBQ Pit, Dapur dan lain-lain.
- Dekat Air Terjun Lata Bayu
Terletak berdekatan kawasan Rekreasi Air Terjun Lata Bayu, Baling Kedah dengan hanya jarak berjalan kaki (200m) sahaja.
- Akses Anak Sungai MSM
Akses terus ke anak sungai dan Fun Kids Pool di bahagian belakang kawasan chalet hanya 50m dari tapak parking chalet, dibuka khas untuk tetamu sahaja.
- Pakej Tambahan
Pelbagai pakej tambahan mengikut permintaan anda seperti Pakej Makan, Pakej Program Pelajar, Pakej Ekspedisi Outdoor (Gua, Hiking, ATV) dan lain-lain.
Inilah Masanya! Jom Bercuti Sambil Mendekati Alam Semulajadi
Lepaskan diri daripada hiruk pikuk kehidupan di kota dan biarkan diri anda tenggelam dalam atmosfera alam semulajadi yang mempersonakan.
Air Terjun Lata Bayu
Pusat Rekreasi Hutan Lipur Air Terjun Lata Bayu merupakan antara kawasan tarikan pelancongan utama di Baling, Kedah.
Ia mempunyai kolam-kolam semulajadi bertingkat dan terdapat laluan tangga seribu menuju ke kawasan kolam yang lebih tinggi.
Dibuka seawal 7.00 am hingga 7.00 pm, masuk dan parking adalah percuma. Jaraknya hanya 200 meter dari kawasan penginapan chalet.
Anak Sungai MSM
Relakskan diri dan keluarga dengan bermandi-manda di anak sungai MSM yang terletak di bahagian belakang kawasan chalet.
Anak sungai cetek ini sesuai untuk kanak-kanak dan khas untuk tetamu MSM sahaja. Terdapat kemudahan gelongsor tepi sungai dan BBQ Pit untuk disewa.
MSM Swimming Pool
Mandi dan berenang santai bersama keluarga di kolam renang MSM yang baru dari siang hingga ke malam.
Terletak di kawasan tengah chalet, lebih mudah akses dari kawasan parking dan lobi. Sesuai untuk kanak-kanak juga namun perlu pengawasan ibubapa.
MSM Fun Kids Pool
Riangkan anak-anak kecil anda dengan aktiviti mandi di kolam kanak-kanak yang terletak berhadapan Anak Sungai MSM.
Rasai keunikan air kolam semulajadi bersumberkan air mata air, tanpa sebarang bahan kimia. Selamat untuk kanak-kanak yang mempunyai kulit sensitif.
MSM Ceria Chalet
Lata Bayu Baling Kedah
Dipercayai sejak 10 tahun yang lepas sehingga kini..
Penginapan Kami
Jika anda mencari destinasi penginapan yang luas dan selesa, di sinilah tempatnya! Ambillah peluang untuk melihat lebih dekat bilik-bilik yang kami tawarkan untuk anda sekeluarga.
Tempah penginapan anda sekarang dan nikmati penjimatan hebat untuk 2 malam dan ke atas!
Percutian lebih bermakna bila ada lebih waktu untuk bersama.
Kemudahan Kami
Kami menyediakan pelbagai kemudahan untuk memastikan keselesaan yang menyeluruh untuk anda di sini.
Lensa Tetamu Kami
Kami cuba memastikan setiap tetamu kami merakamkan memori yang indah dan ceria sepanjang berada di sini.
Apa Kata Mereka
Kami sentiasa cuba memberikan layanan terbaik dan memperbaiki mutu perkhidmatan kepada semua pelanggan kami.
Rancang Percutian Anda di
MSM Ceria Chalet Sekarang!
Kami setia menanti kehadiran anda dengan penuh senyuman.
TEMPAH SEKARANG!
- 010 408 2991
FAQ
Berikut adalah beberapa soalan yang sering ditanyakan oleh para tetamu kami (Frequently Asked Questions - FAQ).
Bukan, MSM Ceria Chalet adalah satu-satunya chalet penginapan yang berada dekat dengan kawasan Rekreasi Air Terjun Lata Bayu, hanya 200m sahaja jarak berjalan kaki.
Sehingga kini tiada yuran kemasukan yang dikenakan untuk mandi di Air Terjun Lata Bayu dan parking adalah percuma.
Anak Sungai MSM hanya dibuka khas untuk tetamu yang menginap di MSM Ceria Chalet sahaja agar lebih privasi dan selamat.
Ya, boleh tetapi bergantung kepada keadaan semasa. Biasanya jika tidak terlalu ramai tetamu yang menginap pada waktu tersebut, anda boleh menyewa BBQ Pit sahaja.
Anda boleh klik button 'BOOK NOW' untuk berhubung dengan staf kami melalui Whatsapp. Semua tempahan hanya dilakukan melalui Whatsapp sahaja.
Ya, deposit tempahan RM50/unit dikenakan bagi setiap bilik sebagai tanda 'Booking Confirmation' dari pelanggan.
Deposit hanya akan dipulangkan semula jika pembatalan dilakukan dalam tempoh 14 hari (atau lebih) sebelum tarikh check in.
Polisi kami hanya membenarkan tempahan bilik mengikut kapasiti tetamu yang dibenarkan. Pihak kami berhak membatalkan tempahan serta merta sekiranya mana-mana polisi dilanggar.
Ya, kami terbuka menerima semua tetamu berlainan bangsa, agama dan kenegaraan namun dengan syarat yang ketat. Setiap tetamu tertakluk dengan polisi mesra Muslim kami seperti larangan alkohol dan bahan terlarang, larangan makanan tidak halal dan lain-lain.
Tidak, hanya sebahagian kemudahan disediakan secara percuma untuk tetamu. Selebihnya memerlukan sewaan mengikut jam atau hari.
Anda boleh klik button 'BOOK NOW' untuk berhubung dengan staf kami melalui Whatsapp. Semua urusan kami hanya dilakukan melalui Whatsapp sahaja.